Sabtu, 16 Mac 2013

Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki


Inilah beliau Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Mekah sejak penjajahan British di tanah melayu sehingga sekarang .. Selama di Mekah , beliau sempat menuntut ilmu dengan ulama-ulama Mekah yang terkenal antaranya:

  • Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
  • Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
  • Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
  • Syeikh Hassan Masyath.. Dll
*Antara rakan seguru dengan beliau di Makkah adalah:

  • Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
  • Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
  • Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yang meminta nasihat. Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah. Untuk pergi ke rumah beliau perlu berjalan dikawasan yang dipenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama.. Subhanallah.. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau. Malah beliau dihina dengan bermacam-macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang. Allahurobbi..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad.. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam, mencangkul dan apa lebih hebat lagi, beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya.. Allahurobbi .. Untuk ke kedai, beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km. Cuba kita bayangkan dengan usia dan keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.

Ulama Solihin ini telah lanjut usia, bila-bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke raudhah, selagi masih ada peluang, selagi masih ada waktu, ziarahilah beliau, ciumlah pipi beliau, peluklah beliau seerat-eratnya. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita. 

Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini.

Wallahualam.

Tolong sebarkan andai ia mendatangkan manfaat buat kita semua.

1 ulasan:

  1. Allah... menitis airmata mendengar apa yg keluar dari mulut beliau..

    BalasPadam

test

test