Sabtu, 6 November 2010

Imam Syafie Menyelar Golongan Sufi???

Imam Syafie berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).

Ini mnunjukkan imam syafie bukan mencela semua ahli sufi. Perlu difahami,apabila terdapat sebilangan umat islam yg jahat,kita tidak boleh katakan islam itu sendiri jahat

Tuduhan bahawa Imam Syafie mencela sufi pandangan ini pula amat umum, sedangkan Ibnu taimiyyah juga memuji sufi ini dengan katanya :
"Orang-orang berselisih mengenai tareqat mereka, ada yang mencela kaum sufi dan tasawwuf, lalu mereka berkata : mereka (kaum sufi) adalah ahli bid'ah dan keluar dari sunnah. Ada juga pandangan yang baik dalam hal ini yang dikutip daripada segolongan Imam atau ulama dan diikuti oleh beberapa ahli feqah dan ilmu kalam. Ada juga sebahagian orang yang berlebihan dalam menganggap
mereka sebagai makhluk yang paling mulia setelah para nabi. Dua pihak pertama dan terakhir itu tercela" Beliau menambahkan : Yang benar, "mereka adalah orang yang berjuang atau berijtihad untuk mentaati ALlah sebagaimana orang-orang yang berijtihad dalam mentaati ALlah." Di antara mereka ada yang termasuk dalam sabiqin dan muqorrobin, Ada juga yang hemat (ashabul yamin) dan ada juga yang menzalimi dirinya serta melanggar perintah (berbuat maksiat kepada) Tuhannya. Ia juga berkata : Adapun para salikin (kaum sufi) yang lurus seperti halnya Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham, Abu Sulaiman ad Darani, Ma'ruf bin al Karkhi, Sir As Saqathi, Junaid bin MUhammad al Baghdadi dan para pendahulu (mutaqaddimin) lainnnya dan seumpama Syeikh Abdul Qadir al Jailani, Syeikh Hammad dan Sheikh Bayan daripada Ulama kebelakangan (mutaakhirin).
(Majmu' al Fataawa Ahmad ibn Taimiyah m/s : 516-517)
Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :

“Selama waktu berkhalwah itu, terbukalah bagiku rahsia yang terhitung banyaknya, tak mungkin di istiqsa (membahas jauh dan dalam). Yang aku katakan untuk mengambil manfaatnya ialah, aku benar-benar yakin, kaum Sufiyyah itulah yang sebenarnya telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Taala. Merekalah yang paling utama cara-cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinyA.
(Munqiz 'Aladh-dholal)

Berkata Imam Ahmad bin Hambal:

"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
(Risalah Qushairiyyah - Shaikh Abu Al-Qasim Al-Qushairi)

Berkata Shaikh Abdul Qadir jilani رضي الله عه :

"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi sehingga dia sampai ke maqam dimana dia di anugerahi pandangan kepada Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam didalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya didalam pimpinan tangan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam."
(Fath-Ar-Rabbaniy)

Berkata Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam yang terkenal sebagai ‘golongan Tasawwuf’ yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam" .
(Sirrul Asrar)

Berkata Imam Shafie :
Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.

Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test