Jumaat, 1 Oktober 2010

Pejuang yang Berlakon


Ada orang berjuang terutama di dalam parti politik, membuat sibuk ke sana ke mari, membuat bantuan sekali-sekala, mencari nama dan glamor. Supaya orang ramai menyangka mereka pembela, duit dan benda untuk membela minta daripada kerajaannya. Selepas itu tidak ada kemajuan yang dibuatnya.

Sebuah kedai runcit pun tidak ada, syarikat yang besar-besar orang lain yang punya, soal agama tak usah dikira, dicuaikannya, halal haram tidak diambil kira, pemimpin-pemimpin politik merestuinya, bahkan gembira dan terpesona.

Begitulah pejuang-pejuang politik terutama pemuda pemudinya, turut buat-buat sibuk bahkan menyibuk. Rakyat yang tak faham kerana buta fikiran dan jiwa menganggap mereka pembela, yang sebenarnya mereka menipu bangsanya, berlidung di sebalik bantuan mereka, sekali-sekala.

Bila hendak pilihan raya, mereka sibuk mencalon dirinya, kemudian menganggap mereka sudah berjasa, mereka yang gagal dicalonkan meminta projek pula, semua dibuat untuk kepentingan peribadinya, yang sebenarnya mereka berlakon membela rakyat!!.

Yang sebenarnya mereka bukan pembela rakyat, perkara yang tersirat mereka adalah pengkhianat rakyat, lebih-Iebih lagi mereka perosak agamanya, tetapi rakyat kebanyakannya sudah rosak fikiran dan jiwanya, masing-masing tidak sedar diri tipu daya mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test