Khamis, 5 Ogos 2010

Merenunglah dan Bersyukurlah


Bila kita selalu mengingat semua nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepada kita, nescaya kita akan mendapatinya meliputi diri kita, mulai dari atas hingga bahagian bawah telapak kaki kita. seperti kesihatan jasmani, keamanan hidup, udara, air dsb. Allah SWT telah berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu dapat menghitungnya" . Kita memiliki sepasang mata, lisan bibir, kedua tangan dan kaki, "Maka nikmat Tuhan yang manakah yang pantas kamu dustakan?" . Apakah perkara yang mudah menggerakkan kedua tapak kaki kita, sementara banyak tapak kaki lain dikawal? Apakah mudah bertopang pada kedua betis anda, sementara banyak betis lain dikuasai? Apakah kamu menganggap remeh bila kamu dapat tidur dengan nyenyak, sementara bayak orang tidak dapat tidur kerana penyakit yang dideritanya? Fikirkanlah pendengaran kamu yang begitu peka, sesungguhnya ia tehindar dari kurang bijak. Renungkanlah penglihatan kamu yang begitu tajam, sesungguhnya ia selamat dari kebutaan.Lihatkah kulit tubuh kamu yang begitu mulus, sesungguhnya ia terhindar dari penyakit kulit. Mahukah kamu bila hanya indra penglihatan semata ditukar dengan emas sebesar bukit Uhud? Pendengaran kamu ditukar dengan perak sebesar bukit Tsahlan? Mahukah bila lidah kamu ditukar dengan istana Zahira hingga menjadi bisu? Sebenarnya kamu berada dalam kenikmatan yang berlimpah dan kurnia yang sangat besar, tetapi kamu tidak menyedarinya. Kamu memikirkan nikmat yang tidak ada dan tidak mensyukuri nikmat yang ada. Kamu terkejut kerana mengalami kerugian, padahal kamu memiliki kunci kebahagiaan, segudang kebaikan, bakat, nikmat dan yang lainya.Oleh kerana itu merenunglah dan bersyukurlah kamu! Allah telah berfirman " Dan (juga) pada diri kamu sendiri terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah, maka apakah kamu tiada memperhatikan?" . dan "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya". Jangan bersedih! Jika saat ini kamu fakir, maka selain kamu ada yang dipenjara kerana banyak hutang, jika kamu tidak memiliki sarana untuk berubah, maka selain kamu ada yang diamputasi kedua kakinya. Jika kamu mengeluh kerana kesakitan, maka orang2 lain ada yang terbaring diranjang putih selama bertahun-tahun. Jika kamu kehilangan seorang anak, maka selain kamu ada yang kehilangan sejuamlah anak-anaknya dalam sebuah kecelakaan sekaligus.
Jangan bersedih! Jika kamu berbuat dosa, segeralah bertaubat. Jika kamu melakukan kesalahan, segeralah minta ampunan, Jika kamu membuat kekeliruan segeralah memperbaikinya! Rahmat Allah itu amat luas, pintunyaNya terbuka lebar, AmpunanNya berlimpah, dan taubat pasti diterima.
Jangan bersedih! Kerana kalau kamu tetap bersedih, kamu sendirilah yang membuat tegang urat saraf kamu, menggoyahkan naluri kamu, menyusahkan hati kamu, dan menggelisahkan dan membuat kamu susah tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test