Terdapat beberapa buah kitab Maulid yang terkenal dan mula dikenali dirantau ini, antaranya Barzanji, Daiba’ie, Burdah, Simtud Durar dan adh-Dhiya al-Laami’.Antaranya lagi Maulid Azab, Syaraful Anam dll. Mungkin kita sekadar membaca kitab-kitab maulid tersebut tanpa mengenali siapakah pengarangnya. Oleh kerana itu Al-Fanshuri ingin mengajak para pengunjung blog ini untuk mengenali kitab dan pengarangnya. Sebahagian dari maklumat al-Fanshuri petik dari tulisan al-Fadhil Ust Abu Muhammad di blog Bahrus Shofa. Bukannya apa, kekadang terdengar suara-suara sumbang dari mereka yang melontarkan pelbagai kata terhadap kitab-kitab maulid yang dibaca. Seolah-olah pengarang kitab maulid atau qasidah burdah tuuu jahil, tak tau ilmu hadits, tak tau ilmu tauhid dan sebagainya. Tetapi hakikatnya yang menuduh itulah jahil, jahil murakkab. Inilah orang zaman sekarang … baru ada sehelai dua phD dah nak sombong. Betoilah orang kata … bukan phD ilmu yang di dapatnya tapi Penyakit Hasad Dengki rupanya. Makin banyak sijil makin sombong, makin hasad. Bukan semua laaaa … segelintiaq saja. Sedangkan ulama yang ditohmah …. ratusan kali mengajar shohih al-Bukhari …. Puluhan kitab yang dikarang, ribuan hadits yang dihafal. Terkenal dengan ke’aliman, ketaqwaan kewara’an mereka. Okay lah mai kita kenali mereka ….. ambo buat dalam dua tiga siri supaya tidak terlalu panjang.

Antara nama lain bagi Maulid Barzanji adalah 'Iqdul Jawhar fi Mawlidin Nabiyyil Azhar atau atau Jawahir 'Iqd atau 'Iqd al-Jawahir dan nama yang lain ialah al-Burud yubaiyinul Murad, tetapi gelaran yang paling masyhur ialah "Mawlid al-Barzanji.

- Al-‘Allamah asy-Syaikh Nawawi al-Bantani yang diberi judul Madarijus Shu`ud ila Iktisa` al-Burud.
- Asy-Syaikh 'Abdul Hamid bin Syaikh Muhammad 'Ali Kudus yang diberi judul Maulidin Nabiyi صلى الله عليه وآله وسلم 'ala nasijil Barzanji
- Al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy (1217H/1802M - 1299H/1882M) yang diberi judul al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji
- Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain (pernah menjawat sebagai Mufti Syafi’iyyah) yang diberi judul "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".
Maulid Barzanji di gubah oleh Mufti asy-Syafi’iyyah di Kota Madinah al-Munawwarah iaitu al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji. Beliau adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H. Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Selain menjawat sebagai Mufti beliau, Sayyid Ja’far al-Barzanji juga adalah merupakan khatib dan mengajar di masjid Nabawi.

سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'aarifin
Sayyid Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah. Mengenai tarikah kewafatan beliau, telah berlaku perselisihan, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.
Bertuah sungguh Sayyid Ja'far. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, membawa umat kasihkan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, membawa umat rindukan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa menyebarkan keharuman peribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu ... Allah.
~ Al-Fanshori ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan