Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil iaitu "Batu pahat" yang di wilayah tersebut tinggallah seorang soleh yang doanya tidak pernah ditolak oleh Allah SWT, Al-Habib Ali bin Ja'far Al-Aydrus, seorang yang lanjut usianya, waktunya dihabiskan untuk menemui tetamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama-ulama dunia bila berkunjung ke kuala lumpur, pastilah akan berkunjung untuk mendatangi beliau, telah ramai para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya Al-Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al-Habib Muhammad bin Alwi Al-Maliki Makkah, Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al-Habib Hasan bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Salim bin Abdullah As-Syathiri Hadramaut, Al-Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan ramai lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al-Habib Ja'far Al-Aydrus yang termasyhur hampir seluruh dunia sebagai orang yang soleh dan telah berada pada kelompok dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan puteranya Al-Habib Ali bin Ja'far yang kelihatan tidak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tetamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini, beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.
Nasihat-nasihat beliau:
Nasihat pertama:
Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.
Nasihat kedua:
Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat-sahabat, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat-cepatlah berbaik-baik antara satu sama lain.
Nasihat ketiga:
Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda-tanda besar Kiamat.
Nasihat keempat:
Allah SWT itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah-perintah Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah SWT dengan bertaqwa pada Allah SWT. Jika manusia tidak takut pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah SWT, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah-perintah Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah SAW.
Nasihat kelima:
Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah SWT telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali-kali tinggalkan Solat-solat fardhu.
Nasihat keenam:
Anak-anak kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun paling lambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan