Para Huffaz hadis yang bersanad dan menghafal beratus ribu hadis amat beradab dalam meladeni kalam baginda Rasulullah. Cukup cermat, merendah suara, solat sebelum menulis sabdanya, menyuburkan cinta kepadanya agar memacu daya hafazan terhadap sabdanya, siang malam meriwayatkan katanya, bermimpikannya, setia mufasir untuk menziarahinya, menangis bila bertemu atharnya, tiada henti basahan lidah berselawat ke atasnya, duplikasi jejaknya, mentelaah peribadinya, mewarisi keilmuannya, sekalipun mereka berusaha mengkategorikan status kalamnya, mereka tetap dengan nilai adab yang memercu tinggi hatta dengan hadis yang dhaif sekalipun, mereka sedar bukan Nabi sendiri yang mendhaifkannya, mereka merendah dengan sedar diri betapa yang mendhaifkan itu pun adalah insan yang dhaif jika dibandingkan dengan baginda lalu tidak mengenepikannya. Yang menghafal melebihi 500,000 ini pun masih tinggi adabnya kerana tahu, pendhaifan sabda yang dibuat bukan medan peluang menyemai kebencian atau membuat penolakan. Namun ia lapangan pengambilan yang cermat untuk memelihara syariat.
Namun, yang tidak bersanad, tidak cukup 500 hadis pun terhafal dengan lancar di dalam dadanya, bergurukan Al-videowi dan Al-interneti, link-link blog adalah sanadnya, sirna adabnya, membimbit kitab bertahqiq namun hakikatnya sudah ditahrif isinya, lembut bicara tetapi berisikan kebencian kepada kalam baginda, lemah bahasa arabnya, bagus bahasa arabnya tetapi cacat pula penguasaannya, tebal sijilnya, banyak lupa dari ingatnya, tinggi suaranya berhujah dengan perasaan itu namanya pejuang yang membela, jerebu sanadnya, menyisih kalam baginda dengan berhujahkan sekeping dua kitab pasukannya, menyerang kalam baginda dengan menggunakan dua tiga butir kalam mereka yang tidak pun hidup di zaman 300 tahun terawal, tiada malu mentransfer yang dhaif kepada palsu kerana bibit kebencian di dasarnya, telaahnya hanya kepada yang mengaku keawalan 300nya tanpa menyiasat benar sahih tarikh beranaknya, yang meruntuh singgahsana baginda pada masa yang sama membina tugu peringatan untuk panutannya, lalu muncul di hari-hari utama Islam untuk mengajar manusia bagaimana mengesampingkan butir bicara baginda dengan strategi yang mereka sifatkan sebagai ilmiah, akademik, hujah, berkitab, perjuangan, pemurnian dan kebenaran.
Ellyeen Amineen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan