Ahad, 24 Februari 2013

Bid'ah Hasanah


Contoh-contoh Bid'ah hasanah yang dilakukan umat Islam, sejak zaman sahabat sampai hari ini

1. Membukukan Quran menjadi 1 mushaf (zaman sahabat).
2. Tarawih berjemaah sebulan penuh dengan mengkhatamkan Quran (zaman sahabat).
3. Memberi tanda titik dan syakal pada Quran (zaman tabi'in).
4. Memberi istilah sahih, hasan, dhoif atau ahad pada hadis-hadis Nabi zaman tabi'ut tabi'in).
5. Adanya ilmu nahwu dan sorof (zaman bani umayyah).
6. Adanya ilmu ushul fiqh (zaman Imam Syafii).
Dan perlu difahami oleh semuanya bahawa mashlalah mursalah adalah bahagian dari ilmu ushul fiqh ini, jadi mashlalah mursalah adalah bahagian kecil dari bid'ah hasanah yg munculnya sejak zaman Imam Syafii. Jadi siapapun yang mengakui kebenaran mashlalah mursalah, maka dia pun mengakui kebenaran bid'ah hasanah, kalau dia konsisten menolak adanya bid'ah hasanah, semestinya dia menolak adanya ilmu ushul fiqh yang bererti juga menolak kebenaran dan adanya mashlahah mursalah ini.

Jika ada orang menolak kebenaran bid'ah hasanah, tapi menerima kebenaran mashlahah mursalah yg termasuk bahagian dari bid'ah hasanah, maka jelas ini namanya orang yg tidak konsisten atau boleh jadi dia memang tidak faham ilmu agama secara mendalam yang bahasa kasarnya "jahil masalah agama tapi sudah merasa paling tahu masalah agama"

7. Dakwah melalui majalah, buku, surat kabar.
8. Dakwah melalui radio, television dan internet (melalui blog atau FB).
9. Dakwah melalui maulid nabi, tahlil, bacaan yasin.
10. Belajar agama di madrasah ibtidaiyah, madrasah tsanawiyah dan madrasah aliyah secara klasikal dan bertahap.
11. Belajar agama di madrasah-madrasah selama beberapa tahun.
12. Belajar agama di perguruan tinggi dengan masuk jurusan Pendidikan Agama Islam/Tarbiyah atau masuk jurusan Syari'ah atau masuk jurusan Bahasa Arab.
13. Khutbah jumaat dengan memakai bahasa Malaysia.
14. Azan dengan speaker.
15. Solat di atas lantai/sajadah.

Yang menolak bid'ah hasanah secara konsisten, maka dia pasti:

1. Membaca Quran yg di suhuf/lembaran2 yang tanpa ada titik dan harakatnya.
2. Baginya hadis ya cukup disebut hadis atau sunnah, tidak perlu ada kata-kata sahih, hasan, dhoif atau ahad yg merupakan bid'ah hasanah yg dibuat oleh ulama-ulama hadis.
3. Tarawihnya sekadar berjemaah 3 hari, dan hari berikutnya tarawih sendiri di rumahnya masing-masing.
4. Tidak mahu belajar ilmu nahwu dan shorof.
5. Tidak mahu belajar ilmu ushul fiqh (sehingga tidak faham bahawa mashlahah mursalah ada bahagian dari bid'ah hasanah, kerana jelas di zaman Nabi dan sahabat panduan cukup sekadar Quran dan Sunnah serta tidak memakai mashlahah mursalah).
6. Tidak mahu mendengarkan radio, menonton tv, juga tidak mahu berinternet, lebih-lebih lagi main FB yang merupakan karya dari non muslim.
7. Tidak mahu sekolah dari level rendah sampai atas, kerana ini jelas bid'ah, mahunya belajar agama hanya di masjid dengan cara membentuk halaqah2. (kerana Nabi Muhammad memang tidak pernah sekolah sama sekali, dan kerana Nabi Muhammad tidak pernah sekolah, akhirnya mereka ittiba' pada Nabi Muhammad dengan tidak bersekolah, kalau belajar agama di sekolah itu bid'ah) lebih-lebih ke perguruan tinggi seemstinya tidak mahu, kerana rata-rata kelas di IPTA/IPTS itu mahasiswanya bercampur antara lelaki dan perempuan.
8. Kalau azan dia naik ke atas menara/tempat yg tinggi.
9. Khutbah jumaat hanya dengan bahasa arab.
10. Solatnya di atas tanah/pasir sebagaimana yang telah dilakukan oleh si pulan dan jemaahnya, kerana menurut si pulan, dulu Nabi Muhammad dan sahabat solat langsung di atas pasir, tidak pernah di atas lantai atau sejadah, jadi solat di atas lantai atau di atas sejadah merupakan bid'ah dholalah yang boleh menjadikan seseorang masuk neraka.

Sekarang jawablah dengan jujur dari hati masing-maisng, apakah anda pelaku bid'ah hasanah??? 

Kalau ana jawabannya jelas "Ya" ana melakukan bid'ah hasanah, sebagaimana para sahabat, para ulama' salafussholeh, para ulama' hadis, kerana ana dulu belajar agama di SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH dan jelas SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ini merupakan "bid'ah hasanah"

Kalau menolak adanya bid'ah hasanah, tapi kita pergi sekolah, atau dakwah di FB, jelas ini namanya MUNAFIQ atau perkataannya tidak sesuai dengan perbuatannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test