Isnin, 13 Jun 2011

Kaya Hidup Dengan Bersedeqah



Sedekah adalah amalan yang paling utama dan amat dicintai oleh Allah SWT. Hal ini
ditunjukkan oleh hadis Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan secara marfu' :

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah engkau membenarkan rasa gembira kepada orang mukmin, meringankan bebannya, membayar hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya." (Qodho'u AI-Hawa ij karya Ibnu Abi Ad-Dunya hal. 40 no. 36.)

Orang yang bersedekah adalah manusia yang paling baik, sebab ia telah mencurahkan kebaikan kepada orang lain. Dalam sebuah hadits marfu' disebutkan, "Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain." (Syu'abu Al-Iman karya Baihaqi (VI/117) no. 7658)

Orang yang bersedekah adalah orang yang ringan tangan dalam memberikan sedekah. Bahkan ia ibarat ungkapan seseorang, "Menggadaikan rasa syukur dan mempermain orang merdeka dengan sedekahnya."

(Lihat Al-Addbu 'sy-Syor'iyyoh karya Ibnu Muflih (1/310)




Oleh kerananya, Ibnu As-Samak berkata, "Aku sangat takjub kepada seseorang yang membeli kerajaan dengan sejumlah harta, namun tidak mahu membeli kebebasan dengan kebaikan."

(Roudhotul Uquld karya lbnu Hibban, hal. 195.)


Mu'awiyah pernah berwasiat kepada anaknya, Yazid, seraya berkata, "Wahai anakku, jadikanlah kebaikan itu sebagai pemberian kepada orang-orang yang memiliki harta, nescaya engkau akan mampu menarik cinta kasih mereka dan engkau akan diagungkan di hadapan mereka. Jauhilah olehmu sifat tidak mahu memberi, sebab itu adalah lawan dari kebaikan." (Lihat Al-AdAbu Asy-Syar'iyyah karya lbnu Muflih (1/310)

Sedangkan sedekah adalah sebahagian dari kebaikan, sebagaimana yang telah nampak nyata.

DATANGKANLAH RIZQIMU DENGAN BERSEDEKAH

1. Imam Ali as berkata, “Turunkanlah rezeki (mu) dengan bersedekah” (Al-Bihar 78 : 68)

2. Imam Ali as berkata, “Jika kamu dalam keadaan yang sangat miskin maka berdaganglah dengan Allah, iaitu dengan bersedekah” (Al-Bihar : 96 : 133)

3. Rasulullah saw bersabda, “Banyak-banyaklah engkau bersedekah nescaya Allah akan memberikanmu rezeki” (Al-Bihar 77 : 176)

4. Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sedekah itu akan menambah bagi pelakunya banyak (rizqi), kerana itu bersedekahlah kamu agar Allah menyayangimu!” (Al-Bihar 96 : 122)

5. Imam ash-Shadiq as berkata, “Sedekah itu dapat melunaskan hutang dan menggantinya dengan keberkahan” (Al-Bihar 96 : 134)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test