Rabu, 28 Julai 2010

Kematian Yang Sentiasa Menghampiri


Aku bersaksi, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.

Itulah kubur, yang akan memusnahka
n jasad kita dalam benaman tanah. Menunggu hari kebangkitan dan perhimpunan manusia ke hadapan Rabbul Alamin. Menunggu saat sangkakala ditiup.

Seluruh penghuni kubur berada di bawah tanah. Tiada siapapun yang mengetahui nasib mereka, kecuali Zatyang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi.

Ya, itulah kematian. Suatu janji yang
Allah SWT berikan kepada semua manusia. Tanpa peduli hamba atau ruja, cerdik pandai atau menteri, yang mulia atau lemah,kaya atau miskin.


Semuanya tidak dapat lari dari janji dan ketetapan Tuhan yang bernama kematian.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : “Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar." (Q.S Ali Imraan: 168)

Manakah bala tentera? Mana kerajaan? Manakah kewibawaan?

Mana perginya istana yang mewah dan handai taulan?

Kematian pasti mendatangi setiap makhluk. Kehadirannya tidak dapat ditolak meski oleh seorang raja yang berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test