Bermulanya dunia baru bukanlah bermaksud perubahan dari segi kehidupan, tapi perubahan dari bentuk berubahnya jiwa seseorang itu untuk mencapai tahap keimanan yang sempurna, seperti tahap keimanan orang-orang soleh zaman dahulu.
Bukanlah mudah untuk memulakan kehidupan yang baru dalam keadaan akhir zaman ini, kerana dugaan yang dilalui sangatlah sukar untuk dikekang, hingga mudah untuk kembali kedunia asal, dunia yang tiada cahaya keimanan, dunia yang hanya dosa dan maksiat.
Kebanyakan manusia lebih gembira kepada dunia mendatar, atau kekal seperti itu hingga akhir hayatnya, sedangkan kita perlu ada peningkatan dalam kehidupan supaya kita tidak terleka kepada dunia yang hanya sementara dan tidak akan memberi syafaat kepada kita di dunia akan datang.
Matlamat dalam bermaksud untuk mencapai dunia baru ialah semata-mata untuk mendapat keredhoan Allah, yang tiada tolak banding dengan keredhoaan yang lain, kerana manusia itu tidak memiliki dan tidak dimiliki maksudnya ialah tiada sesiapa yg berhak untuk memiliki hak milik Allah yang Dia sahaja selayak-layaknya untuk mmemiliki semua yang ada dalam dunia ini.
Jadi fikirkanlah tentang nasib kita akan datang, mahukah atau tidak untuk memulakan dunia baru ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan