Sabtu, 8 Disember 2012

Tangisan Gaza


Pada saat Netaanyahu merikan kemenangannya sebagai Perdana Menteri, Semenanjaung Gaza terus mmenjadi sasaran bedilan bom dan peluru tanpa perikemanusiaan. Pemimpin Israel itu cuba memperlihatkan bahawa pilihan rakyat Israel ke atasnya adalah tepat kerana beliau adalah tokoh yang dapat memberi keselamatan kepada bangsa Yahudi. Hal ini membuktikan bahawa betapa murahnya darah dan air mata rakyat Palestine di mata mereka. Sesungguhnya Allah SWT menjadi saksi ke atas titisan darah para pejuang Hamas yang sedikit gentar dan goyah apabila berdepan dengan ancaman Yahudi. Jumlah mereka yang syahid semakin meningkat dari hari ke hari, Anak-anak kehilangan tempat berpaut dan berlindung, begitu juga dengan para isteri yang kehilangan suami yang syahid kerana mempertahankan bumi al Quds dan agama Allah.



Berkatalah Perdana Menteri Hamas di Gaza:

"Kami di Gaza akan berdiri teguh dan terus berjihad. Kami yakin dengan pejuang kami yang terus bergerak ke hadapan . Kemenangan kami Allah saja yang akan menentukan. Tapi kami tetap yakin bahawa Allah sentiasa bersama kami."

Meskipun rakyat Palestine diduga dengan pelbagai bentuk kezaliman puak Yahudi namun belum menampakkan bahawa mereka sedia berundur. Sebaliknya Ismail Haniyeh tegas menyambung ucapannya,” Walaupun mereka membunuh seribu nyawa rakyat kami tetapi jiwa kami akan terus berjihad kerana inilah masanya untuk mendapat syahid di sisi Allah SWT.”

Aku simpati nasib saudara seagama yang diherdik kekejaman musuh utama umat Islam yahudi laknatullah yang tidak ada sedikit pun rasa perikemanusiaan yang pada dasarnya fitrah pada manusia.

Jadi sama-sama kita boikot barangan Israel


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

test

test